Jumaat, 24 Februari 2017

Sesi bercerita : Buku bahasa Arab mudah yang menarik


Tahun ini saya bercadang menjadikan aktiviti membaca bersama anak satu kemestian. Semangat sedikit selepas terbaca sebuah artikel seorang bapa berazam mahu bacakan anaknya 1000 buah buku tahun ini. Mustahil? Mari kita lihat.

Setahun ada 365 hari. Sehari bacakan 3 buah buku. Insya Allah, anda akan capai target pada hujung tahun nanti! Bayangkan kelebihan yang akan diperolehi oleh ibu bapa dan anak. Perbendaharaan kata meningkat, keyakinan diri meningkat, pengalaman membaca anak meluas dan sudah pasti bonding time dengan anak yang begitu berharga! Tidak boleh dijual beli di mana-mana 💕💕💕

Ini antara buku yang pernah saya bacakan untuk anak-anak. Bagaimana cara bacakan anak buku? Boleh lihat perkongsian Mama Q di sini ðŸ˜Š

Agak sukar mendapatkan buku cerita bahasa Arab di pasaran Malaysia. Pernah saya buat sendiri buku mini Bahasa Arab untuk anak-anak sebelum ini. Boleh klik pautan di akhir entri ini untuk dapatkannya secara percuma ðŸ˜Š

Siri ini telah dibelikan oleh adik saya ketika menuntut di Mesir. Jika tuan / puan ada kenalan / adik-beradik yang masih belajar di Mesir, jangan lepaskan peluang mengirim buku seperti ini di pesta buku Mesir. Setiap tahun, ia akan diadakan pada bulan Januari atau Februari (saya kurang pasti tarikh yang tepat).

Buku di sana sangat banyak, pelbagai dan lebih murah. Sangat berbaloi.

Berbalik pada buku ini. Saiznya lebih kurang 6 x 6 inci, berwarna penuh dan ayatnya berbaris. Memudahkan kita membacanya. Bahasa yang digunakan juga agak mudah, anak kami mampu membaca dan memahaminya. Dia boleh terjemahkan sedikit-sedikit semasa membacakan buku ini kepada adik-adiknya.

Ada 6 buah buku dalam siri ini. Semuanya menarik sekali. Saya baru siapkan glosari untuk sebuah buku cerita. Itu pun mengambil masa yang lama dan bertulisan tangan. Komputer riba saya tiada tulisan arab 😡







 Anak-anak sangat seronok baca buku ini. Mereka ulang baca tanpa jemu. Masya Allah. Jom, pupuk minat membaca dalam diri anak-anak kita. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015