Isnin, 20 Februari 2017

Khatan bayi lelaki


Gambar : Koleksi peribadi

Usia anak 81 hari (Januari lepas) baru kami dapat ke klinik untuk khatankan bayi lelaki. Tiba-tiba rasa nervous pula. Kami memilih Klinik Amal Bukit Katil, Melaka sebagai tempat mengkhatankan anak. Anak terdahulu juga berkhatan dengan doktor ini (Dr Rosziman) . Alhamdulillah semua baik sahaja.

Kami dapatkan temu janji dahulu dari pihak klinik (kita pilih hari) dan staf klinik akan berikan waktu. Malangnya pada hari kejadian kami lewat sejam dari waktu yang diberikan. Jadi, staf klinik nampak enggan menerima awalnya kerana pesakit terlalu ramai. Saya senyum sahajalah. Yalah, salah sendiri. Heh..

Kali ini, suami masuk menemani bayi. Dari luar bilik rawatan, terdengar jelas anak menangis kuat. Mungkin tidak selesa disuntik ubat bius dan dipegang di katil semasa prosedur. Saya berdoa agar semuanya lancar dan baik-baik sahaja.

Baru lepas khatan. Tertidur kepenatan.
Alhamdulillah, sepanjang memantau keadaan bayi, lukanya juga cepat kering dan clamp dibuka pada hari ketiga. Barakallahufik doktor dan staf.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015