Rabu, 22 Februari 2017

Rezeki Si Surirumah - Kak Nur Solihah


Satu hari, dapat mesej WhatsApp dari seorang rakan maya. Beliau dikenali lewat Muka Buku dan rupanya adik kepada Prof Kamil. Menatap gambar draf ini membuatkan hati berbunga-bunga. Masya Allah. Melihat tajuknya sahaja sudah buat hati tidak sabar mahu membacanya. Saya doakan usahanya berjaya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Kak Nur Solihah ialah bekas guru yang mengambil keputusan menjadi suri rumah tangga dan kini menetap di Sabah. Beliau aktif menganjurkan playgroup untuk anak-anak selain menjadi trainer untuk kelas faham al-Quran tanpa asas Bahasa Arab.

Kredit gambar asal : Kak Nur Solihah Ibrahim


Dalam masa yang sama, ia membuatkan saya bermuhasabah. Ini kali kedua saya mengambil cuti tanpa gaji. Cuti yang panjang ini membuatkan saya dapat muhasabah diri di samping menyusun atur hidup dengan lebih tenang berbanding sebelum ini. Bukanlah saya mahu komen ibu berkerjaya kerana saya juga seorang ibu berkerjaya. Saya  tahu bagaimana perasaan ibu berkerja sehari-hari.

Walaupun siapa pun kita, suri rumah hatta ibu berkerja, niat pertama mestilah kerana Allah. Yakin rezeki itu dari Allah, bukannya dari slip gaji yang kita terima saban bulan. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat ibu-ibu semua.

Kita nantikan penerbitan buku ini ya.... amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015