Malam ke-29 ramadan. Masih menunggu di Zon Kuning hospital. Menanti suami selesai menerima rawatan dan membuat imbasan otak. Moga tiada apa yang berlaku.
Bermula dari iktikaf malam tadi. Suami sudah rasa pening tetapi masih boleh solat dan berkuliah. Selepas waktu dhuha, dia mengadu kepada anak sulung yang dia mahu rehat kerana kepala pening.
Selepas beberapa kali muntah dan berakhir dengan sedikit darah yang bercampur muntah lewat petang tadi, adik ipar ambil inisiatif menelefon ambulans. Jam sudah menghampiri 7 malam.
Apabila doktor bertanya keadaan suami spontan teringat peristiwa dia diserang vertigo sebelum ini. Disebabkan sudah ada "history" pada 2009, 2015 dan hari ini maka doktor ambil keputusan untuk lakukan CT scan.
" Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah At-Taghabun ayat 11)Ya Allah berikan kesembuhan buat suami. Semoga yang terbaik mengikut perancangan-Mu. Amin.
Bilik CT scan |
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan