Ramadan tahun ini saya tidak beria menyediakan aktiviti untuk anak-anak.
Satu, kerana tidak sempat.
Dua, adanya jadual rutin sepanjang ramadan yang diikuti oleh semua ahli keluarga.
Tiga, perlu lebih fokus dengan hafazan anak dan ajar al-Quran.
Alhamdulillah, melewati 10 hari Ramadan, semuanya berjalan lancar. Semua gembira melalui bulan mulia ini dan cuba sama-sama memperbanyakkan membaca al-Quran dan amalan lain.
Usai sahur, kami ke masjid untuk solat subuh seterusnya menyertai tadarus berkumpulan. Saya dan anak sulung menyertai kaum ibu, suami bertadarus bersama anak-anak remaja lelaki, manakala 2 anak kecil saya berada berhampiran.
Pulang ke rumah, sudah sibuk dengan urusan rumah, qailullah dan solat zohor di masjid, sebelah petang mengulang hafazan lama atau bercerita tentang surah yang dihafaz. Selebihnya beri kebebasan kepada anak untuk bermain.
Malam juga dapat ke masjid untuk berterawih. Sungguh pun pada mulanya saya bimbang membawa keempat-empat anak bersama, namun Allah mudahkan alhamdulillah.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan