Menanam minat membaca dalam diri anak-anak.
Bagi saya dedahkan anak kepada buku sejak dari kecil, bacakan buku untuk anak dengan kerap (setiap hari adalah lebih baik jika mampu), cara penceritaan dan pemilihan bahan yang bagus membantu untuk mencapai matlamat ini.
Ada anak yang cenderung dengan cerita fiksyen, ada anak yang cenderung membaca komik, ada anak cenderung membaca sejarah dan tidak kurang ada anak yang suka membaca fakta.
Subhanallah, unik kejadian manusia yang Allah ciptakan ini. Salah seorang anak saya sangat berminat mendengar kupasan kisah dalam al-Quran. Dia tidak berapa gemar cerita kanak-kanak lain. Waktu itu saya masih belum perasan.
Namun, sejak anak ini mula membaca al-Quran (orang panggil naik Quran), dia sudah mula bertanya makna ayat yang dibaca. Mungkin kakaknya juga menjadi faktor pendorong. Kakak akan menghafaz dengan cara membaca ayat dan terjemahan terlebih dahulu. Ini kena buka topik lain ya insya Allah 😊
Apabila terjumpa siri ini, saya sangat bersyukur dan teruja kerana ia membantu meningkatkan minat anak-anak untuk membaca dan memahami al-Quran. Saya pun dapat menimba ilmu baru juga. Alhamdulillah.
Buku Quranic Questions & Answers
Ada 5 tajuk dalam siri ini :
1. Haiwan Yang Disebut Dalam Al-Quran
2. Ensiklopedia Al-Quran
3. Tempat-tempat Yang Disebut Dalam Al-Quran
4. Buah dan Sayur Yang Disebut Dalam Al-Quran
5. Ciptaan Allah Yang Disebut Dalam Al-Quran
Harga bagi 1 set ini ialah RM50.00.
Kos pos semenanjung ialah RM10.00.
Kos pos untuk Sabah dan Sarawak RM15.00.
Jika berminat, boleh PM saya atau hubungi http://www.wasap.my/60133613516/QuranicQNA
Insya Allah saya akan ulas buku-buku ini dalam satu entri lain. Doakan kami sekeluarga.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan