Jumaat, 14 Julai 2017

Krayon


Kisahnya, krayon di rumah semua sudah habis diguna. Saya pun tak pasti ke mana perginya semua krayon. Tahu-tahu sahaja bekasnya kosong. Allahu akbar, mahu dimarah, tahan sahaja. Cakap elok-elok dengan mereka walaupun nada agak geram dan sarkastik. Allahu.. anak oh anak!

Maka saya cubalah cari krayon yang affordable price  untuk mereka. Harapnya kali ini krayon bertahan lebih lama.

Apabila sampai, kotak bungkusan agak kecil. Rupa-rupanya saya beli krayon bersaiz 8mm. Haha.. nasiblah. 



Jadi terasa nak menulis pengalaman membeli krayon anak-anak.

Comel yang amat krayon tu 😂 Malam ini mewarna bersama anak-anak. 2 batang sudah patah. 1 terpijak, 1 lagi anakku baling rasanya. ho ho ..


So noted that Luna jenis licin sebab wax crayon. Warna dia pun jenis soft colour. (Pensel warna LUNA pun warnanya lembut).

Krayon jenama Buncho yang biasa kita beli masa kecil dahulu cantik warnanya tetapi senang patah juga (untuk budaklah. Mereka kan belum pandai kawal grip tangan) dan saiznya kecil.

Jenama Pelikan yang dijual di Mydin warnanya cantik tapi senang patah juga. Fragile.

Yang best setakat ni ialah krayon jenama kedai buku Popular (harga jual tahun lepas RM10.50. Tahun ni tak nampak yang saiz besar. Yang nampak saiz kecil RM11.00😭) dan jenama Monami

Di Tong Hup ada juga jenama lain. Mungkin boleh pertimbangkan beli krayon jenis jumbo. Mungkin selepas ini boleh cuba jenama Stabilo sebab saya belum pernah guna. 

Sekian. Pengalaman beli krayon - mak anak4.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015