Sabtu, 23 Julai 2016

7 Aktiviti Awal Melatih Kanak-kanak Menulis


Baik, ini adalah sambungan daripada entri Ulasan Buku : Melatih Kanak-kanak Menulis.

Saya ingin berkongsi cadangan penulis (Dr Surayah Zaidon dan Siti Rasyiqah Munirah) di dalam entri ini. Kita mungkin sudah biasa buat tetapi sengaja mahu tulis di sini supaya dapat menjadi rujukan pada masa akan datang. Manalah tahu, bukan?

1. Mewarna


* Alat yang boleh digunakan seperti warna air, krayon, pensil warna, finger paint dan thumb print.
* Palette boleh digantikan dengan bekas telur yang diperbuat daripada plastik. Lebih jimat :)
* Bagi usia 2 tahun, alatan mewarna yang digunakan bersaiz jumbo dan tidak bertoksid. Boleh dilihat pada kotak.
* Bagi usia 4 tahun, gambar lukisan haruslah besar supaya kanak-kanak bebas menggerakkan tangan semasa mewarna.



2. Pemilihan gambar mengikut umur 


* Bagi usia 4 tahun, gambar besar dan jika boleh menggunakan gambar persekitaran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak ini.
* Biasanya menggunakan satu warna sahaja.
* Usia 5 tahun boleh beri dua atau tiga objek dalam satu gambar. Warna juga boleh berfokus dengan saiz sederhana.
* Usia 6 tahun, sudah boleh menggunakan gambar yang lebih kecil dan mempunyai 3 hingga 5 objek berfokus.


3. Melukis / melakar

* Aha, ini kanak-kanak suka buat, kan? Kadang-kadang dinding juga jadi port kegemaran ;)

4. Menggunting

* Ikut tahap umur.
* 0 hingga 2 tahun menggunakan gunting yang ringan, diperbuat daripada plastik, hujung tidak tajam dan digunakan untuk menggunting kertas.
* 2 hingga 4 tahun masih sama cuma gunting boleh diperbuat daripada plastik atau besi.
* Usia 5 hingga 6 tahun sudah boleh menggunakan gunting daripada besi dan boleh menggunting kertas dan kain.




5. Menampal dan mengoyak

* Kolaj daripada bijirin, kertas warna atau bahan buangan pensel warna merupakan idea yang menarik yang boleh digunakan dalam aktiviti.
* Sesekali saya menggunakan tisu sebagai alternatif :)



6. Melipat

* Aktiviti ini sinonim dengan origami. 
* Boleh buat carian di internet dengan kata kunci "origami for kids", "simple origami for kids" dan seumpamanya. Banyak sangat sumber yang boleh dibuat rujukan.


7. Menguntai

* Dalam bahasa Inggeris dipanggil "lacing".


* Boleh gunakan bahan terpakai seperti kotak bijirin, kotak tisu atau kotak barang. Jimat lagi :)

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015