Selasa, 8 Mei 2018

Ulasan buku : Kertas-kertas Yang Merubah Fikir



Sejujurnya, ada banyak perasaan tatkala dimaklumkan buku ini bakal diterbitkan. Tambah lagi menurut penyelenggara naskah ini, Pn Najibah A. Bakar, semua karya diterima. Masya Allah. 

Membaca dari helaian ke helaian, membuatkan diri sendiri rasa puas dan dapat simpulkan beberapa perkara :

1) Peranan penting dimainkan oleh ibu bapa dalam menanam minat membaca dalam diri anak-anak. Galakan membaca serta contoh teladan diri yang juga suka membaca memberi impak yang besar kepada anak-anak.

2) Minat menyebabkan "kegilaan" anak-anak ini berusaha untuk membaca lebih banyak buku, akrab dengan buku dan mencintai buku. Malah, sebahagian besarnya mempunyai angan-angan atau impian besar sejak dari kecil dan berjaya mencapainya! Itulah kuasa baca dan ilmu 💪

3) Jangan memandang enteng pada buku kanak-kanak. Imaginasi anak dan keteguhan prinsip dirinya yang pertama mungkin tercetus dari pembacaan awalnya semasa kecil.

4) Sebahagian besar sudah mempunyai perpustakaan mini di rumah. Sudah pasti atas usaha ibu ayah mereka yang mahu menyemai budaya minat membaca dalam keluarga.

5) Selain faktor keluarga, perpustakaan turut menjadi penyumbang kepada seronoknya anak-anak ini membaca. Jadi, saya fikir sesebuah perpustakaan harus aktif berperanan dan mempunyai koleksi terkini untuk rujukan anak-anak kita.

Saya pasti setiap orang juga mempunyai pengalaman sendiri. Namun, membaca pengalaman daripada 20 orang penulis ini pasti menjentik rasa dan membugar semangat untuk terus menyuburkan budaya iqra'.

Selamat membaca!

Buku 27 / 2018

#jejaktarbiah

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015