Beberapa minggu sudah, beli selotep kartun ini di Tong Hup Melaka. Beli sebab comel. Hee.... 1 bungkus ada 10 biji. Harganya RM2.40.
Beli sebab teringat Asma' sekarang suka main stiker. Mungkin ada aktiviti yang boleh dibuat bersamanya.
Baik, kali ini buat aktiviti menampal stiker pada huruf ba berbaris atas. Di saat abang dan kakaknya sudah lena dibuai mimpi, Asma' masih segar-bugar buat aktiviti di tengah malam. Janganlah tekanan darah ummi naik. Huhu.... doktor suruh jaga-jaga >_<
Seronok dia ya. Di hari lain, saya tambahkan aktiviti ini. Latihan ini saya bina sendiri, cetak dan laminate. Asma' kenal pasti huruf ba dan tandakan dengan marker pen.
Alhamdulillah.
Untuk versi pdf, boleh muat turun di sini :
Kolaj |
Semoga bermanfaat :)
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan