Gambar : Koleksi peribadi
Selepas menghadiri sebuah seminar membaca awal tahun ini, Minggu Bahasa Melayu dilancarkan di sekolah saya dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Unit Pusat Sumber Sekolah. Saya mengendalikan sebuah slot dan saya fikirkan satu program yang dapat aplikasikan ilmu yang diperolehi dari seminar tersebut.
Murid saya terdiri daripada murid bermasalah pendengaran. Bahasa utama pastilah bahasa isyarat. Bukan mudah untuk mereka belajar kerana setiap perkataan perlu tahu kodnya dan banyak sebenarnya perkataan yang tiada kod. Ada juga perkataan yang tiada makna bagi mereka tetapi harus dipelajari demi memenuhi sukatan mata pelajaran. Tak mengapa, kita tinggalkan persoalan itu ya. Panjang perbahasannya lagi.
Untuk slot Seronoknya Membaca, kami menjalankan beberapa program :
🍎 Tayangan kartun Upin dan Ipin bertajuk Seronoknya Membaca. Diterjemahkan oleh seorang guru Bahasa Isyarat.
🍎 Slot menceritakan semula cerita yang ditonton. Beberapa orang murid diberi peluang menceritakan semula dan dipilih secara rawak. Hadiah disediakan.
🍎 Membuat peta cerita kartun yang ditonton. Ini untuk menguji kefahaman mereka kerana mereka perlu mengenal pasti watak cerita, nilai, lokasi cerita, refleksi dan kesimpulan cerita.
🍎 Teka silangkata berdasarkan cerita (berbahasa isyarat)
🍎 Slot paling mendapat sambutan! >>> Melukis watak cerita. Ada banyak yang boleh dipilih dari cerita Upin dan Ipin tadi - arnab, kura-kura, tupai, ayam jantan dan lain-lain.
🍎 Membina perkataan dari perkataan Seronoknya Membaca
Alhamdulillah, semua murid terlibat secara aktif dan semua guru dan staf memberi sokongan bagi melancarkan porgram. Sangat gembira dengan jalinan kerjasama pada hari berkenaan. Mudah-mudahan memberi impak yang positif kepada anak-anak ini mempelajari bahasa Melayu dalam cara yang lebih menyeronokkan.
Kita boleh juga aplikasikan pada anak-anak di rumah. Tidak semestinya suruh mereka membaca, tetapi buat dalam bentuk yang lain seperti :
🌌 soal jawab
🌌 teka-teki
🌌 treasure hunt
Untuk idea yang lebih variasi, anda boleh cari buku ini :
100 Panduan Mengajar Komunikasi, Bahasa dan Literasi oleh Susan Elkin (sila klik nama buku) 😉
Terbitan ITBM |
Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan