Khamis, 6 Oktober 2016

Mendorong anak berfikir : Bercerita menggunakan Teknik HOTS



Apa itu HOTS?

HOTS ialah singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris - Higher Order Thinking Skills. Suatu masa dahulu, ketika teknik ini baru diperkenalkan, saya masih lagi menuntut di kampus perguruan dalam tahun persediaan.

Teknik HOTS agak menarik kerana menggalakkan anak-anak kita berfikir dan mereka bebas memberi idea. Sudah pasti ada panduannya.

Baru-baru ini saya terbaca di Instagram Pn Mazurah (Penulis Buku Cuti-cuti Halal terbitan Telaga Biru) akan perkongsian beliau gunakan ketika bercerita bersama anak-anaknya.

Lantas, saya gunakan bersama anak-anak ketika sesi bercerita kami.

Pertama, saya memilih buku besar (big book) bahasa Arab bertajuk "Jaddi" (bermaksud Datukku). Buku ini dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Mesir tahun ini. Dikirim melalui adik saya yang belajar di sana. Memang buku keluaran sana sangat banyak dan menarik! Rambang mata dibuatnya ;)




Baik, buku ini mempunyai satu ayat bagi setiap muka surat. Ayatnya juga pendek-pendek dan perkataan mudah difahami. Gambar yang besar serta kertas licin (jenis glossy paper) memang menarik dan menjadi pilihan anak-anak saban malam.




Bagaimana mengaplikasikan teknik HOTS? :

1. Pilih buku yang digemari.
2. Ceritakan muka hadapan buku - tajuknya, perkenalkan penulis dan ilustrator, tanya serba ringkas gambar pada kulit buku.
3. Pilih mana-mana muka surat yang dikehendaki.
4. Labelkan objek dalam gambar. Abaikan tulisan dalam buku itu.




5. Lekatkan guna kertas sticker misalnya ada gambar langsir, tingkap, sofa, datuk, nenek dan senarai berterusan.




6. Bina 5 ayat berdasarkan perkataan yang dilabel tadi.
7. Bermakna, anak-anak membuat cerita sendiri berdasarkan gambar!




Ia sangat seronok bagi anak-anak yang memang dalam fasa berimaginasi tinggi. Adakala macam tak masuk akal, tapi sebagai ibu saya terima sahajalah idea berkenaan >_<

Cubalah, pasti sesi bercerita anda jadi meriah! ;)


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015