Isnin, 24 Oktober 2016

Bertasbihlah Memuji Tuhanmu..



1. Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Mahatinggi
2. Yang Menciptakan, lalu menyempurnakan (penciptaan-Nya)

Surah Al-A'la ayat 1 hingga 2

Alkisahnya, anakanda sulung baru selesai menghafaz surah At-Toriq semalam (Ahad, 23 Oktober).

"Alhamdulillah, tahniah kakak! Lepas ini mahu hafaz surah apa?"

"Surah Al-A'la," jawabnya yakin. Saya diam. Kerana surah ini telah lama dihafaznya namun dek memikirkan hafazan bukanlah satu perlumbaan maka saya setuju sahaja.

Rupanya dia mahu lakukan sesi tadabbur surah ini sekali lagi. Dahulu, ketika kali pertama menghafaz surah ini, kami masih belum menekankan kepada melihat terjemahan dan sesi tadabbur. 

Kini, dia semakin mahu membaca sendiri secara berdikari. Maka, saya fikir raikan sahaja kehendaknya. Bagus juga, boleh kami mengulang sama-sama.

Ajak dia membaca terjemahan ayat 1 dan 2. "Masya Allah, kakak, lihat ini. Kita patut bertasbih dan memuji Allah kerana memberi kita peluang menghabiskan hafazan surah at-Toriq!"

Tiba-tiba anak yang lain menyampuk, "Abang Ngah nak hafal juga!", "Amma' (baca : Asma') pun!". Allahu akbar! Sebaknya... moga Allah beri kesempatan kepada kami menghafaz dan mentadabbur surah ini. Amin..

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015