Sekian lama, baru dapat tahu kegemaran anak lelaki ni. Sejak kecil, pattern belajarnya tidak sama seperti kakak sulung. Lelaki, kebiasaannya lebih adventures 😉
Awalnya, dia suka permainan Lego. Kemudian, pulang sepupunya ke kampung asyik bermain jigsaw puzzle maka saya lihat anak-anak saya semakin minat bermain permainan ini.
Dahulu, masa mereka masih kecil, belum tahu jaga barang. Scary sahaja bila mereka minta belikan permainan 😃
DIY JIGSAW PUZZLE
Apa yang saya buat :
1. Ada kotak bijirin (cocoa crunch, cornflake, honey star dan seumpamanya) jangan buang. Ambil gambar hadapannya, potong jadikan jigsaw puzzle. Jimat 😉
2. Ambil majalah lama yang tak mahu baca lagi. Ambil mana-mana gambar cantik, laminate dan potong.
3. Tampal gambar dari majalah lama pada kad manila, potong-potong jadikan jigsaw puzzle.
4. Kotak barang pun jangan buang. Lukis atas kotak, potong-potong. Kalau lebih rajin, buat projek bersama anak. Warnakan. Dah siap bahan aktiviti.
Dalam gambar, saya jadikan folder game.Pernah buat entri dahulu. Boleh baca di sini
Semoga bermanfaat.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan