Ahad, 9 April 2017

Sesi bercerita The Blind Rabbit


Seminggu berlalu. Ahad sudah muncul kembali. Misi bacakan 1000 buku untuk anak masih berjalan tapi bab dokumentasi daku memang gagal! Tak sempat tulis tajuk buku 😄 Tak mengapalah yang penting hari-hari bacakan anak buku.

Kenapa sibuk sangat nak bacakan anak buku. Anak kan dah pandai baca sendiri? Ya, memang anak dah boleh membaca tetapi banyak kesan baik sekiranya kita mampu bacakan anak buku.

Selain rapatkan hubungan ibu-anak, sesi bercerita ini dapat tingkatkan perbendaharaan kata anak dan boleh bentuk minda yang positif. Jadi pastikan baca buku yang baik-baik sahaja ya 😃

Buku The Blind Rabbit ini sangat diminati oleh anak-anak. Ayat pertama sudah menambat hati mereka. Buku ini dalam bahasa Inggeris. Jadi selalunya saya akan bacakan dua kali. Sekali bahasa Inggeris, lagi sekali dalam bahasa Melayu 😆

Buku ini ditulis oleh Pn Khadijah Hashim. Memang penulis terkenal, kan? Saya juga membesar dengan cerita beliau. Baik, berbalik kepada buku ini. Ada 5 buah dalam siri Let's Read Series. Penerbit ITBM. Saya beli ketika ITBM buat jualan akhir tahun. Dapat 40% diskaun. Alhamdulillah.

The Blind Rabbit mengisahkan sebuah keluarga arnab yang harmoni. Si kakak bernama Kuning [Yellow], adik bernama Kelabu [Grey], ibu arnab dan bapa arnab. Grey selalu mengajar kakaknya tetapi ada waktu dia berasa penat apabila kakaknya banyak bertanya. Maklumlah Kuning tidak boleh melihat.

Ibu dan bapa arnab selalu menasihati Kelabu agar bersikap baik dengan kakaknya. Kelabu anak yang taat. Dia meminta maaf atas kesilapannya.

Mereka mencari makan, bermain dan bersenam bersama-sama.


Banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil. Nilai kasih sayang, sabar,menunggu giliran, mendengar nasihat ibu ayah dan menjaga kesihatan diri.

Seperti biasa, akan ada aktiviti susulan selepas bercerita. Kali ini ajak anak belajar melukis arnab 😉 Saya buka buku Seni & Kraf Bersama Kak Emila ; Kartun Haiwan. Seronok! Anak belajar benda baharu.


Jom belajar sekali. Lihat gambar ya.




Nak bawa mereka tengok arnablah nanti insya Allah. Buat masa ini kami Google sahaja dan lihat di YouTube 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015