Isnin, 3 April 2017

Pertandingan Mewarna Ibu dan Anak 2017





Pengalaman pertama menyertai Pertandingan Mewarna Ibu dan Anak semalam anjuran sebuah pasaraya di sini.


Pertandingan bermula jam tiga petang. Kami sampai jam dua petang. Semasa menunggu pertandingan bermula, kami mengambil tempat di satu sudut. 

Memerhatikan seorang demi seorang peserta sampai, kami pelajari banyak perkara 😉 Oh, persediaan mereka bukan calang-calang. Hihi..Kami hanya membawa krayon sahaja.

Ada yang membawa meja dan bangku untuk mewarna, kipas angin kecil, kusyen duduk, kain lap dan lengkap dengan peralatan mewarna yang pelbagai jenis (pensel warna, krayon, warna air, alat tulis). Cantik-cantik belaka.





Ok, ilmu baru dapat hari ini. Insya Allah jika ada rezeki lain kali boleh buat persediaan awal.

Pertandingan mewarna bermula tepat jam tiga petang.  Masa pertandingan selama 2 jam. Anak terus capai krayon dan mula mewarna. Tidak bercakap sepatah pun. Fokus sungguh. Beginilah agaknya dia di dalam kelas mewarna saban minggu 😊


Lukisan pertandingan

Kami menerima sebuah lukisan bersaiz A3. Kertasnya agak nipis mungkin kurang sesuai jika menggunakan warna air.





Semuanya berjalan lancar. Saya dan anak menyiapkan lukisan dalam masa satu setengah jam. Tepat azan asar kami hantar lukisan. 😃 Wallahualam bagaimana keputusannya nanti. 


Hampir siap





Apa pun yang penting, kami dapat pengalaman baharu hari ini dan belajar banyak perkara. Saya rasa terseksa dengan muzik yang kuat dipasang oleh pihak penganjur. Huhu...mahu menangis rasanya. Anak yang kedua langsung tidak mahu duduk bersama kerana bunyi terlalu bising. 

Entahlah, saya rasa jika tiada muzik kuat lebih bagus. Aman rasanya...hmm.. 


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015