Sabtu, 4 Mac 2017

"Field trip" ke kedai buku ;)


Gambar : Koleksi peribadi

18 Februari lalu, singgah sebentar di Bangi Getaway. Suami ajak kami anak-beranak ke kedai buku Raudhah Al-Miqyas. Terletak di tingkat 2 bangunan, anak-anak seronok menaiki tangga kedai.

Terpegun melihat deretan buku. Subhanallah. Saya yang sememangnya gemar akan buku kanak-kanak segera menuju rak berkenaan.




Wah, ada board book kisah nabi. Selama ini hanya lihat di Instagram dan PPAS, Shah Alam. Berkira-kira untuk beli. Mahu tanya anak, mereka sibuk bermain dengan anak tuan rumah.

Anak-anak sedang menghafaz Surah An-Naziat. Ada disebutkan mengenai Nabi Musa dalam surah ini. Maka saya membeli buku Nabi Musa. Insya Allah buku itu akan saya kongsikan di entri lain. Harga buku RM20 sebelum diskaun.

Nampaknya "wishlist book" semakin panjang 😃







Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015