Rabu, 8 Mac 2017

Testimoni Kelas Asas Blog & Fanpage


Pada tahun 2015, selepas kelahiran anak ketiga keinginan untuk kembali menjadi suri di rumah semakin membuak-buak. Namun apakan daya, ada beberapa kekangan yang menyebabkan hasrat itu dipendamkan sehingga kini.

Lantas, saya memohon keizinan suami dan majikan untuk mengambil cuti bersalin selama enam bulan. Alhamdulillah diluluskan.

Dalam masa yang sama, saya mencari sesuatu untuk dilakukan sebagai "me-time" saya. Ketika itu memang aktif beraktiviti bersama anak-anak di rumah. Saya mengambil keputusan untuk menulis blog bagi mencatat perjalanan mengajar anak untuk tatapan diri dan berkongsi pengalaman.

Masalahnya bagaimana mahu bermula?

Saya sudah lama tahu kewujudan Akademi Berkerja Dari Rumah (ABDR) iaitu semenjak baru berkahwin pada tahun 2009 namun hanya pada tahun 2015 saya menyertainya.

Alhamdulillah dipertemukan secara maya dengan Pn Zaila Mohamad. Di bawah bimbingan beliau banyak yang saya pelajari terutama ilmu berkaitan blog. Penulisan saya juga terarah dan fokus.

Saya berterima kasih dengan sokongan beliau dalam memberi panduan dan tip penulisan, tidak lokek berkongsi ilmu, tidak berkira menjawab persoalan saya dan terus memotivasikan saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan entri yang bagus serta menyedari fungsi blog yang boleh menjadi sumber pendapatan kita.

Di dalam kelas online ini, saya dikehendaki melengkapkan 44 entri sebagai latihan menulis secara konsisten. Saya juga dibimbing memilih label entri supaya memudahkan pembaca blog membacanya. Selain kelas blog, Pn Zaila turut memberi nasihat dalam membina fan page yang bagus. 

Alhamdulillah, Fan Page Tip Homeschooling Untuk Anak sentiasa mendapat pertambahan pengikut dan membantu bisnes kecil-kecilan saya yang baru bermula.

Jom sertai kami di ABDR Dan hubungi Pn Zaila di Facebooknya atau kunjungi blog beliau di Diari Seorang Suri Yang Berkerja Dari Rumah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015