Ahad, 12 Mac 2017

Petrosains & Eksperimen Mudah


#throwback


Tak lama lagi cuti sekolah. Bagi negeri Kedah, Kekangan, Terengganu dan Johor, cuti sekolah akan bermula pada 18 Mac 2017 (Jumaat) dan negeri lain akan bermula pada Sabtu, 19 Mac 2017. Apa rancangan anda cuti sekolah nanti? Rancang awal supaya dapat buat bajet yang bersesuaian. 

Melawat ke muzium, perpustakaan, tempat bersejarah dan berkelah merupakan pilihan popular. Bagi yang berkesempatan, Petrosains juga satu destinasi menarik untuk anak-anak.

Biasanya banyak aktiviti disusun sepanjang cuti sekolah. Boleh layari http://www.petrosains.com.my/  . 





Kami pernah ke Petrosains semasa cuti sekolah pada tahun 2013. Waktu itu Khaulah berusia 3 tahun dan Abdullah Naufal baru berusia setahun.

Kami dapat mengikuti 3 aktiviti di sana seperti :

1) Pembentukan awan

Letak sedikit air dalam botol mineral. Nyalakan sebatang mancis dan padamkan. Masuk dalam botol air tadi. Tutup. Picit botol beberapa kali. Buka dan picit botol perlahan-lahan. Akan nampak pembentukan gumpalan seolah-olah awan pada permukaan botol. Penerangan dari segi Sains tak pandai pula nak terangkan ^^


2) Harmonika daripada penyedut minuman

🍄Susun 7 batang penyedut minuman yang sudah dipotong mengikut saiz tertentu. Susun ikut suka. Selotep. Letakkan batang aiskrim bawah dan atas penyedut minuman tadi. Selotep sekali lagi. 


3) Tornado table challege. 

🍄 Sediakan 3 cawan kertas, 1 bola ping pong dan 1 cawan plastik yang dilubangkan tapaknya. Fikirkan bagaiman bola ping pong dari cawan plastik tadi nak dibawa masuk ke dalam cawan-cawan kertas tanpa bola jatuh dan tidak boleh tukar kedudukan cawan plastik. Jawapannya, pusingkan bola dalam cawan plastik (seolah-olah taufan) dan masukkan ke dalam cawan kertas.




Boleh cuba di rumah, bukan? Selamat bereksperimen!

* Entri ini asalnya dari blog saya yang lain.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015