Ahad, 7 Januari 2018

Melatih Anak Menulis Jurnal



Saya pernah berniat mahukan anak yang minat menulis.

Saya sedar hakikatnya anak-anak masih kecil lagi. Tetapi boleh sahaja bermula dari sekarang, kan? Caranya ialah membacakan anak buku atau beri anak membaca buku sebanyaknya ;) Jangan salah faham. Membaca ini jangan dipaksa sangat. Tapi kita tunjukkan tauladan yang baik, mudah-mudahan anak akan ikut :)

Pernah dengar nama Hilal Asyraf? Sila google bagi yang jarang mendengar namanya ;) Ya, beliau ialah seorang penulis muda yang sangat bertenaga. Saya mengenali tulisannya semasa saya berada di tahun awal pengajian kursus perguruan. (Saya sangat suka novel VT beliau).

Saya pernah terbaca komen seorang penulis lain yang sudah berusia, (lebih kurang kata-kata beliau) alangkah bagusnya jika saya menulis lebih awal seperti Hilal Asyraf. Banyak manfaat dapat saya sebarkan dan orang dapat ambil. Subhanallah.

Tahun ini cuba sekali lagi untuk konsisten menulis jurnal. Walaupun tidak dapat buat setiap hari, namun saya akan pastikan sekurang-kurangnya ada catatan dari anak. Bukan apa, mahu melatih tulisan kemas, melatih membuat karangan, mempertajamkan ingatan dan mendidik anak muhasabah diri akan perkara yang telah dilakukan.



Oh, ummi pun perlu simpan jurnal ya! Insha Allah ;)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015