Khamis, 4 Januari 2018

Planner sendiri


Alhamdulillah, tahun baru, semangat baru. Tambahan lagi, suami membantu menyusun atur "kelas" anak-anak. Berwajah baru sedikit, anak-anak pun teruja. 

Tahun ini saya bermula perlahan. Insya Allah dengan perancangan yang lebih baik dari tahun lepas. Kali ini membuat persiapan planner sendiri. Meskipun simple tetapi yang penting menepati kehendak sendiri.

Salah satu misi ialah menyusun dokumentasi anak-anak dengan lebih baik. Puas hati dapat buat sendiri. Anda boleh juga buat carian di internet. Banyak laman web yang bermurah hati memberi free printables planner yang mereka buat. Berwarna-warni, cantik dan selesa dipandang. Untuk saya, saya hanya buat versi hitam putih. Tidak kreatif dan tidak pandai membuat planner yang comel-comel ;)

Tahun lalu saya gunakan Planner Aktiviti Ibu dan Anak, sebelum itu pernah menggunakan planner percuma dari A Muslim Child Is Born (edisi 2015) dan MamaBard.com (2015) serta Jurnal Si Cilik (2014). Memang berbaloi menggunakan planner. Namun, sila istiqamah menulis ya. Kasihan buku banyak kosong apabila tiba akhir tahun. (Hehe..cakap pada diri sendiri)

Tahun ini saya buat sebuah fail yang mengandungi :

  • Catatan tasmik anak-anak
  • Rancangan menu mingguan
  • Pelan pengajaran dan refleksi harian
  • Catatan rekod bacaan anak-anak
  • Jurnal anak
  • Catatan kesihatan keluarga
  • Vision board ahli keluarga

Insya Allah akan berkongsi di lain waktu. Saya belum dapat muat naik bahan ini ke sini. 

Moga hari ini lebih baik daripada semalam.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015