Selasa, 9 Januari 2018

Ulasan buku : Bila dan Di Mana



Ini ialah e-buku yang dipinjam dari laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia. Saya pinjam kerana ditulis oleh Khadijah Hashim.

(Saya membesar dengan buku Khadijah Hashim. Seingat saya, pertama kali membaca buku beliau semasa saya bersekolah rendah. Dengan kelebihan ayah dan emak seorang guru sekolah, ada banyak bahan bacaan yang dapat dipinjam dari pusat sumber)

Buku ini terbitan 2016. Kisah Mastura si wartawan akhbar yang berdedikasi, sentiasa sibuk dan adakala menghadapi ancaman sepanjang kerjaya. Dalam masa yang sama mahu menjadi seorang penulis novel.

Menjadi seorang wartawan, besar amanah yang dipikul. Keberanian Mastura mengkaji dan melaporkan sesuatu berita menuntut kesabaran dan kesungguhan.

Bidang ini juga memerlukan seseorang sangat peka dan cekap membuat analisis. Kagum.

Banyak tip dan nasihat menulis diselitkan dalam buku ini.

Antaranya kisah kehidupan kita sehari-hari adalah modal untuk dijadikan idea menulis. Curahkan sahaja di atas kertas kerana idea sudah ada. 

Mahu jadi penulis yang baik, bacalah sebanyak-banyaknya buku dan banyak melihat dengan hati. Antara poin menarik yang sempat diingati :

🌼 Menjadi penulis tiada syarat khusus.
🌼 Tulislah apa jua pengalaman yang mencuit hati.
🌼 Banyakkan membaca.
🌼 Harus ada minat. 

Siapa kata baca novel tak dapat manfaat? 😉

Selamat membaca!

Buku 2 / 2018

#FitrahHomeLibrary
#readingchallenge

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015