Sabtu, 7 April 2018

Belajar membaca bahasa Inggeris dengan kaedah fonik


Dimulakan dengan bismillah, bantu ajar anak buah membaca. Seronok jadi cikgu ni. Allah beri ilham macam-macam. Alhamdulillah.

Sesi tak lama. Dalam setengah jam sahaja. 

Fonik 'a'


1. Aktiviti padankan penutup botol dengan huruf pada epal. a = apple.

2. Kolaj stiker pada huruf a.

Fonik 'b'


1. Latihan sebut fonik 'b'.

2. Kolaj butang (alhamdulillah ada lebihan butang yang dibeli dari FB : Aya Loves Button). Kolaj ini saya tampalkan pada kadbod terpakai dan balut dengan plastik buku. Anak-anak boleh gantung di dinding jadi frame 😊

Fonik 't'

1. Latihan sebut fonik 't'.

2. Aktiviti tambahan : buat topeng harimau. Aktiviti ni berlanjutan hampir 60 minit. Suka betul dengan topeng besar ni😅


Fonik 'c'

1. Latih sebut fonik 'c'.

2. Beri sedikit latihan menulis dan terus ajar si kakak membaca menggunakan buku Read Easy 1. Alhamdulillah, lancar baca sehingga muka surat 14!

Baru kenal 4 bunyi, dah boleh baca ayat-ayat mudah dan pendek. Bersinar mata si anak ni.

Masih awal lagi, perlu selalu praktis. Moga Allah berkati anak-anak ini. Doakan ya 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015