Alhamdulillah.
Berpeluang ke MICF 2015 di SACC Mall, Shah Alam. Sudah lama berhajat untuk singgah ke pesta buku kanak-kanak ini.
Sumber : Laman web MICF |
Kami tiba jam menghampiri 11 pagi. Tempat letak kenderaan sudah penuh. Terpaksa mencari di tempat yang jauh sedikit. Sebelum masuk, kita minum dulu! Ada lori MILO di luar SACC Mall ini.
Memasuki pintu utama, kami mendaftar dahulu di kaunter. Dapat hadiah beg, penanda buku, risalah dan belon (anak-anak sangat suka!). Di kaunter ini ada dijual kupon untuk membuat aktiviti di dalam dewan pameran. Boleh pilih mahu memanah, sand art, mencanting batik dan 2 aktiviti lagi yang saya lupa ;) RM5.00 untuk satu kupon. Saya beli dua. Tapi tidak sempat gunakan.
Di kaunter pendaftaran. Khaulah tulis nama sendiri pada kertas bentuk tapak tangan (hi-5) |
Nama : Khaulah binti Ahmad Kamalarifin (berpeluh-peluh dia menulis nama sendiri)
Umur : 5 tahun
Sekolah : Fitrah (=^_^=)
Hehe..
Tampal pada pokok. Yeay!! |
Bermulalah kami berjalan-jalan sekitar reruai (booth) yang ada. Pada masa yang sama, perasmian sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia sedang berjalan di pentas utama :) Banyak reruai pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti Brainy Bunch Motessori, Genius Aulad dan Little Caliph. Tak sempat ambil gambar sebab dukung baby :D
Reruai lain menawarkan pakaian dan hijab kanak-kanak, produk pendidikan awal kanak-kanak, permainan, kad imbas felt, kinetic sand, cd pendidikan, makanan, susu kambing pelbagai jenama, buku kanak-kanak dan buku untuk keibubapaan.
Tip ke pesta buku (cara saya) :
1. Google terlebih dahulu gerai mana mahu dituju.
2. Senaraikan barang yang mahu dibeli dan bajet.
- Jadi harapnya dapatlah menjimatkan masa dan kos.
3. Jangan lupa makan dahulu sebelum ke sana.
4. Siapkan bekalan air dan makanan ringan dalam beg untuk persediaan waktu kecemasan ;)
5. Siapkan juga tisu basah, pampers, tuala kecil jika membawa anak kecil.
Kami menuju Karangkraf dan baby_edushop_vendor. Selebihnya meninjau-ninjau sahaja. Agak meriah dengan pengunjung. Kami sempat melihat aktiviti Nora dan tim dari Hud Hud Media di pentas utama pada sebelah petang.
Sebelum pulang, sempat pula singgah di reruai Rumah Ngaji. Sangat menarik konsep Rumah Ngaji ini. Idea penubuhannya tercetus apabila melihat keadaan masyarakat semakin hari semakin tenat dan salah satu cara untuk membetulkan keadaan ini ialah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Besar harapan mereka untuk melihat seorang penggerak dalam setiap keluarga membudayakan Al-Quran.
Kami mendaftarkan nama dengan Rumah Ngaji. Semoga ada manfaat yang dapat disebarluaskan lagi insya Allah.
Hasil belian hari ini :
1. Mia Merah Jambu (Karangkraf)
2. Matahari Janganlah Marah - Karangkraf (ditulis oleh rakan penulis. Tahniah!)
3. 100 aktiviti Siri 1 (Karangkraf)
4. Lembaran aktiviti daripada buku Princess Solehah dan Little Maryam (Little Caliph)
Alhamdulillah :)
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan