Khamis, 26 November 2015

Ajar anak membaca menggunakan kaedah fonetik


Reading is the heart of education.

Kata-kata ini selalu diulang oleh seorang kenalan di Facebook. Apabila difikirkan ianya benar :) Teringat ketika kali pertama mengajar anak membaca. Saya menggunakan kaedah fonetik. Buku yang digunakan ialah Bacalah Anakku. Ditulis oleh Pn Nik Eliani. Terbitan Read Network.

Set Bacalah Anakku asas


Ketika cuti sekolah bulan Mei tahun lalu, dalam masa mengajar mengaji kepada anak,saya cuba-cuba mengajar sendiri anak menggunakan kaedah fonetik. Alhamdulillah akhirnya dalam masa dua bulan anak sulung dapat membaca Bahasa Melayu dan diikuti dengan Read Easy yang mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Usianya 3 tahun 9 bulan ketika itu.

Buku yang digunakan semasa ajar anak membaca cuti sekolah Mei - Jun tahun lalu


Terpulang kepada ibu bapa mahu mengajar anak menggunakan kaedah yang bagaimana. Sebenarnya ada banyak kaedah membaca yang ada dan janganlah dihadkan kepada satu-satu kaedah sahaja. Anak kita ini anugerah Allah. Istimewa. Lain anak, lain caranya :)



Anak saya juga tidaklah terus dapat membaca ketika kali pertama diperkenalkan dengan n....a na. Saya mengambil masa lebih sebulan untuk membantunya mengecam sebutan fonik N. Salah satu cara ialah saya menggunakan teknik jigsaw puzzle seperti ini :



Saya turut membuat buku mini huruf N, memory game dan permainan kecil.

Antara tip ajar anak membaca awal yang dipraktikkan :
1. Niat kerana Allah.
2. Pilih lokasi membaca yang sesuai ; jauh dari alat permainan yang disukai, gajet, televisyen dan bunyi bising.
3. Setiap sesi membaca 5-10 minit sahaja atau anak sukarela membaca lagi.
4. Tidak memaksa anak. Biasa saya tanya dahulu, “Khaulah dah penat? OK, kita berhenti sampai sini dahulu.” Walaupun dia baru membaca 1 baris.
5. Murah dengan pujian. Kanak-kanak suka pujian kerana memberi ia rangsangan untuk membaca. Pujian boleh dalam bentuk kata-kata, high five, stiker dan lain-lain.
6. Bantu dengan gambar (bagi cerita pendek) untuk membantu anak membaca.



7. Buat carta atau catat perkembangan membaca anak. Kita boleh lihat kekuatan dan kelemahan anak.
Saya sering ingatkan diri sendiri supaya tidak marah jika anak tidak dapat menyebut dengan betul. Tarik nafas panjang atau saya hentikan sesi membaca dan buat aktiviti lain. Terkadang terbawa watak “guru” di sekolah di hadapan anak :)
(Sedutan testimoni kami yang disiarkan oleh KedaiBerjaya.com)
Semoga bermanfaat.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015