Semalam, Ahad 22 November 2015 adik yang bongsu melangsungkan perkahwinannya. Majlis akad nikah diadakan di rumah dan alhamdulillah majlis berjalan lancar hingga ke akhirnya.
Jadi anak-anak cuti dari kelas #FitrahHomeschooling kecuali waktu mengaji. Hehe.. Tak kira, yang ini wajib ada ;)
Doa kepada pengantin |
Saudara-mara yang datang dari Perlis dan Johor :) Jazakallahu khaira |
Keluarga Pak Tam dari Kedah. Orang terawal sampai :) |
Namun, ada dua perkara menarik perhatian saya.
Berbahagialah ibu dan ayah anak-anak ini kerana dua beradik ini meminta untuk mengaji al-Quran sebelum majlis bermula. Masya Allah! Allahumma faqqihhum fiddeen wa 'allimhuttakwil. Amin..
'Kids Corner' |
Kedua, di rumah mak ayah saya memang tersedia beberapa buah rak buku mereka. Terdapat buku kanak-kanak juga untuk bacaan dan aktiviti cucu-cucu mak ayah saya yang seramai lapan orang ini. Ketika majlis sedang berlangsung kelihatan anak-anak ini mendominasi ruangan dan duduk diam membuat kerja masing-masing. Tertarik sekali dengan anak-anak berbaju hijau itu. Tekunnya membaca buku! Buku yang dipegang ialah daripada siri #100 buku karangkraf.
Ayuh, semarakkan budaya minat membaca dalam diri kita dan anak-anak! :)
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
seronoknya tengok. masing-masing dengan buku. =)
BalasPadamTerima kasih puan ;)
Padam