Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu , beliau berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allâh (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allâh, dan Allâh berbuat apa saja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)
Hutan Rekreasi Ayer Keroh, Melaka
Pagi ini beriadah di sini. Kami pergi bersama anak-anak remaja dari usrah Solehah Team. Dimulakan dengan pembukaan majlis dan tazkirah ringkas.
Tadabbur Surah Al'Asr dan hadis di atas.
{Perlu diingatkan bahawa kita dapat berkumpul di sini bukan kerana akak bawa naik kereta tetapi semuanya atas keizinan Allah.}
Jika mendapat nikmat Allah, kita perlu zahirkan dan menyebut-nyebutnya (Surah Ad-Dhuha).
Selesai.
Kami beramai-ramai menyewa basikal dan mereka bersiar-siar untuk sejam setengah seterusnya. Kami singgah sebentar di Kampung Buku di dalam hutan rekreasi ini untuk berehat sambil membaca buku.
Sayang sekali, Kampung Buku yang cantik ini kurang pengunjung. Saya kira admin harus membuat pelbagai aktiviti bagi menarik minat masyarakt bertandang ke sini. Saya percaya masyarakat kita mempunyai ramai pembaca jadi promosi dan aktiviti boleh menjadi pemangkin kepada budaya minat membaca. Wallahualam.
Sebelum pulang, kami makan dahulu. Kami memilih tempat berhampiran Stesen Buggy 1 kerana kurang monyet yang berkeliaran. Namun sempat juga monyet-monyet itu mengambil sebungkus dua nasi lemak kami ^_^
Jom lihat gambar.
Sewa basikal RM5.00. |
Pilihan basikal yang ada. Sebenarnya ada 2 tempat. Satu, di tempat masuk, yang ini tempat kedua sebelum masuk ke hutan rekreasi. Basikal kecil sewanya RM4.00 |
Laluan masuk |
Air terjun buatan |
Kawasan lapang. Hari ini tidak ramai orang berbasikal. |
Ruang dalam Kampung Buku |
Rak buku yang menempatkan karya sasterawan, sejarah, masakan, ensiklopedia dan lain-lain |
Rak buku kanak-kanak. Semua masih cantik dan nampak baru. Mungkin kerana kurang pembaca. Huhu |
Ruang permainan. Sebuah rak kecil. |
Antara buku yang menarik perhatian. Malangnya sempat baca satu muka surat sahaja. Anak sudah meragam.. |
Menarik juga buku ini. Sudoku Huruf. |
Bahagian dalamnya. |
Tengok buku gajah teringat Yusof Gajah. Lihat penulis, eh, betullah! :) Kenangan menerima didikan dari Pak Yusof beberapa tahun dahulu. |
Pulang dari riadah, ummi dan abi "pengsan" dahulu. Anak-anak terus bertenaga bermain di rumah pula. Haih ^-^
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan