Hari ini cuti. Emak dan adik-adik saya keluar membeli keperluan untuk majlis keluarga akhir bulan ini. Tinggallah anak buah di rumah. Waktu sudah petang ketika kami membuat keputusan membawa mereka keluar berjalan-jalan.
Tapi definisi "jalan-jalan" kami bukan ke pusat membeli-belah sebaliknya menuju perpustakaan negeri Melaka di Bukit Baru ^_^ Bukan apa, di situ ada papan gelongsor yang agak besar serta ruang yang privacy untuk anak-anak bermain.
Umar (anak buah) kali pertama ke sini jadi dia agak kabur buat seketika. Kasihan. Mujur hari ini tidak ramai pengunjung. Selepas puas bermain di Ruang Santai, kami beralih ke Perpustakaan Kanak-kanak. Anak-anak yang sudah biasa dengan cepat memilih buku dan duduk di meja pilihan.
Eh, sekejap! Mana Umar?
Subhanallah. Dia tercegat di tengah-tengah perpustakaan. Mungkin tidak tahu apa perlu dibuat. Aduhai, apalah saya ini. Anak buah yang seorang ini perlu guna kaedah yang tertentu untuk tackle perasaannya. Alhamdulillah selepas anak-anak beri "taklimat ringkas", barulah Umar senyum dan mencari buku. Lega... (sambil lap peluh).
Buku pinjaman anak-anak. Tarikh pulang 30 November nanti. |
Buku yang dipinjam :
1. 10 Srikandi Penyeri Syurga
2. Masakan ala Puteri
3. Menolong Jiran
4. My Prophet Muhammad
5. Tenggelam dan Terapung
Baru masuk kereta (untuk pulang) sudah 2 buah buku habis dibaca. Erk..
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan