Tiada anak yang mahu saja-saja mengamuk tidak tentu pasal. Tiada anak yang mahu meragam tanpa sebab. Semuanya mesti ada sebab. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana mahu menterjemahkan perasaan itu.
Terima kasih Pn Jiji. Itulah ayatnya yang lebih kurang saya baca dalam buku beliau.
Dua, tiga hari ini sedang mengendalikan emosi anak dan diri sendiri untuk wean off susu badan. Terutama sekali waktu tidur. Atau ketika suami keluar untuk sesuatu urusan seperti solat di masjid atau pergi mengajar. Biasanya jika saya tidak ikut, maka anak ketiga juga tidak akan dibawa.
Saya baru tahu akan emotional drive anak-anak yang dinyatakan oleh Pn Jiji di dalam bukunya. Maka, setiap kali anak meragam, pertama sekali tarik nafas dalam-dalam supaya kurang darjah kemarahan. Hee...
Ini disertakan 8 emotional drive yang disenaraikan oleh Pn Adlil Rajiah. Saya taip dalam ayat sendiri ikut kefahaman saya..
1. Need of Control / Security
Anak-anak ini selalu ingin dilindungi dan rasa selamat jika kita berada sekali dengannya.
2. Need of diversity / New Experience
Anak-anak jenis ini sukakan cabaran. Jadi ibu bapa perlu terbuka dan berlapang dada dengan perangai mereka ;)
3. Need of Recognition / Significance
Ada sesetengah anak yang mahu "dilihat". Bukan kerana mahu riak atau bangga tetapi ingin dirinya dihargai dan lebih yakin diri. Misalnya, apabila dia berjaya melukis sesuatu yang dirasakan bagus, dia mahu orang memujinya.
4. Need of Achievement
Anak-anak ini inginkan pengiktirafan dalam apa yang dibuatnya. Dan dia juga suka meraikan pencapaian mereka dengan orang tersayang.
5. Need of Excellence / Perfection
Sangat teliti dalam apa juga yang dilakukan.
6. Need of Belonging / Love
Anak-anak ini suka bercerita dan kalau boleh mahu orang lain terlibat dalam pengalaman mereka.
7. Need of Challenge / Growth
Anak-anak kategori ini sukakan sesuatu yang baru setiap hari. Jadi ibu bapa yang ada anak seperti ini perlu kreatif dan inovatif menarik minat anak :)
8. Need of Responsibility / Contribution
Biasanya anak-anak ini suka bantu orang lain, suka buat kerja dan mungkin juga agak "penyibuk" sebab dia suka bantu secara percuma. Jadi apabila kita beri tugasan atau tanggungjawab kepadanya, dia lebih suka dan kita juga dapat mengurangkan rasa marah. Hehe..

Jadi, saya pun berfikir anak-anak saya dalam kategori mana?
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan