Ahad, 11 September 2016

Hari-hari kraf kertas :)


Sudah mula cuti pertengahan penggal kedua @ cuti sekolah selama 9 hari. Bagi yang bercuti, masa inilah waktu pulang ke kampung halaman tercinta. Bagi kami, memang tidak ke mana-manalah sebab tak ada kampung. Eh, eh, bunyi macam lain sahaja ya ;)

Sebenarnya rumah emak dekat sahaja dengan tempat tinggal kami ini :) Kami tinggal bersama mertua dan rumah emak saya tidak jauh dari sini.

Saya cuba laksanakan 1 hari 1 aktiviti. Hanya memegang konsep 1 aktiviti 5 minit sahaja. Tidak perlu lama. Sekurang-kurangnya anak-anak tahu ada masa perlu "belajar" selain rutin mengaji. "Belajar" bagi mereka ialah membuat kraf :)

Baru-baru ini ada dikongsikan di dinding (baca : wall) Facebook saya banyak idea membuat kraf daripada kertas. Setakat ini baru buat dua jenis. Yeay! Sambil ajar perkataan bahasa Arab.

1) Rumah @ منزل (manzilun)

- Tapi anak-anak panggil rumah api sebab bangunannya tinggi :)
- Guna kad manila, pensel warna, gam dan gunting
- Ukuran suka hati
- Lukis dan warnakan dahulu baru gamkan




2) Arnab @ أرنب

- Masih menggunakan kad manila 
- Ukuran pun suka hati
- Lebih kurang seperti rumah, cuma lukiskan muka arnab sahaja
- Potongkan telinga arnab dan tampal di ruang tepi sebelah atas
- Warna dahulu baru gamkan
- Fokus betul anak kedua dan ketiga mewarna. Yang sulung sudah keletihan. Hanya warna hidung dan mulut arnab ^_^






Hasilnya ^_^ Dari kiri : Abdullah (3t10b), Asma' (2t1b), Khaulah (5t10b)

Selamat berkraf!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015