Minat membaca yang dipupuk mak dan ayah sejak kecil memberi kesan kepada saya adik-beradik. Kini, minat itu cuba dipupuk pula kepada anak-anak kami dan kenalan di sekeliling. Rasa bahagia apabila orang lain turut mendapat manfaat dari kebaikan membaca.
Bermula secara suka-suka, saya membeli buku kanak-kanak, memilih dan membacanya, banyak membaca artikel bagaimana pemilihan buku yang tepat dan sesuai untuk khalayak pemabaca dari kalangan anak kecil sehingga membuatkan diri terpanggil berkongsi dengan orang lain.
Saya tidak memaksa orang lain turut membeli buku tersebut namun saya mahu sama-sama berkongsi buku yang bagus untuk bacaan anak-anak kita sejak kecil.
Maklumlah dahulu semasa zaman saya kecil, banyak buku bahasa Inggeris adalah berkisarkan cerita dongeng yang dibawa dari negara luar. Rasanya jarang jumpa yang bernilai islamik. Mungkin ada tetapi sumber ketika itu terhad dan saya banyak bergantung kepada pusat sumber sekolah dan perpustakaan awam desa / daerah dan perpustakaan bergerak.
Mujurlah semasa perlu ditahan di Hospital Melaka minggu lalu, saya sudah selesai menunaikan amanah dari rakan-rakan untuk mendapatkan buku idaman untuk anak-anak mereka. Terima kasih!
Antara buku yang diminati ialah :
1. Water Droplet Obeys Allah (RM6.90)
2. Seed Obeys Allah (RM6.90)
3. Siri X-plorasi dari Ust Luqman Makhtar
a. X-plorasi Surah-surah Al-Quran (RM10.00)
b. X-plorasi Cinta Rasul (RM10.00)
c. X-plorasi Surah Al-Baqarah (RM10.00)
d. X-plorasi Surah Ali Imran (RM10.00)
e. X-plorasi Surah Yasin (RM10.00)
4. Tafsir Mini Surah Al-Dhuha (RM10.00)
Terbaru ada juga buku dari Dr Anayasmin. Masya Allah.
1. My Amazing Super Power (RM14.00)
2. Allah's Little Star (RM14.00)
3. Have You Ever Wondered? (RM14.00)
Insya Allah akan berkongsi ulasan buku-buku yang menarik dalam entri-entri akan datang. Jumpa lagi.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan