Mungkin anak lelaki saya ini belum bersedia belajar dengan buku. Mujurlah semasa sesi bercerita, dia masih mahu duduk diam dan mendengar cerita yang dibacakan dari buku.
Maka, saya cuba jaya beberapa teknik dan kaedah supaya dia dapat terus mengaji hari-hari. Tapi saya pun bukanlah hari-hari dapat duduk tekun membuat bahan baru untuk anak. Gunakan sahaja apa yang ada di sekeliling.
2 minggu ini memang asyik nak mewarna sahaja. Lepaskan tekanan. Huhu.. Awal-awal belajar mewarna dengan seorang guru Pendidikan Seni minggu lepas, memang asyik kena kritik sahaja. Mungkin emosi saya pun tak stabil masa itu. Kita boleh lihat daripada hasil mewarna kita ;)
Hari ini rasanya lebih ok. Hihi..
Baik, ada dua aktiviti yang dibina mengambil contoh dari set Logico yang dikeluarkan oleh Grolier. Abdullah Naufal sekarang mengaji muka surat 107 Iqra' At-Taisir maka dia perlu baca dahulu kalimah yang ada dan kemudian dipadankan dengan kalimah yang sama dalam kotak kecil itu.
Jika tiada set Logico pun boleh sahaja buat aktiviti ini. Pakai penyepit baju yang dilabel dengan 6 warna sudah memadai.
Buat bahan anak ini jangan susahkan kepala dan poket kita. Takut nanti rancang punya rancang, hingga ke akhirnya tidak terlaksana. Saya bercakap dari segi pengalaman. Sesungguhnya saya memang cemburu dengan ibu yang pandai menggunakan kuasa perkataannya sahaja semasa mengajar anak. Tak perlu bahan bantu mengajar yang canggih-canggih. Yang penting mesej pembelajaran untuk anak itu sampai ;)
Alhamdulillah, selesai satu muka surat mengaji menggunakan teknik Logico itu. Nanti sambung lagi ya. Entah idea bagaimana pula yang Allah akan berikan :)
Belon udara panas ini mahu ajar anak bacaan tanwin (anak kedua) dan huruf hijaiyah berbaris atas (anak ketiga). Hurufnya akan saya lekatkan sahaja nanti. Idea ini datang selepas melihat perkongsian seorang ibu dari Indonesia. Instagramnya @widihere. Tapi jika saya tidak silap, sekarang ditukar nama kepada @sobatbaca.
Jumpa lagi. Insya Allah.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan