Sambungan dari Entri : #ReviuBukuAnak 1
Baik, kita sambung buku yang dipinjam.
Petra Menanam Pokok Mangga
Petra Si Panda menanam beberapa batang pokok mangga. Dia jaga dengan baik sehinggalah pokok mangga ini berbuah. Ada haiwan lain yang mencuri buahnya dan Petra berasa sedih.
Dengan bantuan rakannya, Si Burung, mereka berjaya memerangkap pencuri buah itu.
Moralnya, sepatutnya apabila kita mahukan sesuatu kita boleh meminta izin daripada tuan punya kebun bukannya mengambil jalan pintas dengan mencuri.
Petra dan Wesel
Petra ada sebuah bas mainan beroda yang cantik. Rakannya, Wesel sukakan permainan itu dan bercadang mengambilnya tanpa izin. Lalu, Wesel berpura-pura sakit dan jatuh pengsan. Petra cepat-cepat pergi mendapatkan air untuk Wesel.
Wesel dengan cepat membawa lari mainan itu. Malangnya, dia tersepak tunggul dan terjatuh. Mainan itu juga rosak! Dengan rasa malu dan serba-salah, Wesel mengaku kesalahannya kepada Petra.
Petra tidak kisah kerana persahabatannya dengan Wesel lebih berharga daripada mainan itu.
Moralnya, Petra memiliki hati yang murni. Dia baik hati memaafkan kawannya dan Wesel patut juga dipuji kerana berani menyatakan kesalahan dan meminta maaf.
Petra Menyelamatkan Gajah
Petra berjiran dengan keluarga Gajah. Namun, keluarga Gajah sangat sombong. Mereka tidak mahu berbuat baik dengan semua haiwan.
Pada suatu hari, anak Gajah terjatuh ke dalam lubang yang besar tetapi tiada seekor pun haiwan yang mahu membantu kerana sikapnya yang sombong.
Tetapi Petra yang baik hati membantu Anak Gajah itu keluar dari lubang. Keluarga Gajah berasa insaf dan malu. Sejak itu mereka berbuat baik kepada semua haiwan dan jiran tetangga.
Menarik sekali cerita ini. Banyak moral dan nilai pengajaran dapat diceritakan kepada anak-anak. Malahan boleh mengambil peristiwa sehari-hari yang lebih dekat dengan mereka.
++++++++++++++++++++
Bak kata Puan Adlil Rajiah, dalam sehari carilah masa cuddle time bersama anak-anak dan nasihatkan kata-kata yang baik. Misalnya, kita kena kemas mainan selepas main. Atau pesan pada anak apabila pergi ke masjid, kita perlu duduk diam dan tidak boleh berlari-lari dalam masjid. Ia akan mengganggu jemaah yang mahu beribadat di dalam masjid.
Perkara ini memang mengambil masa tetapi percayalah tetap ada kesannya kepada anak-anak. Insya Allah :)
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan