Secara umum, anak kinestetik ini dikaitkan dengan mereka yang terlebih aktif, dikatakan susah duduk diam dan tak minat belajar. Opsss .. nanti dahulu ya ibu-ibu, ayah-ayah, Anak-anak kita ini semuanya dilahirkan genius cuma didikan kitalah yang mencorakkan mereka :)
Memang jika dilihat dua orang anak saya yang besar ini, banyak perbezaan cara belajar kedua-duanya. Tapi tak boleh kata juga kan. Sebab setakat entri ini ditulis, si kakak baru nak masuk enam tahun dan nombor dua si abang kecil ini baru nak masuk umur empat tahun.
Tidak adil untuk bezakan mereka kerana umur sudah berbeza, jantina pun berbeza. Namun, ketika si kakak usia empat tahun, dia memang boleh duduk diam fokus untuk satu tempoh yang lama berbanding si abang kecil ini, duduk pun tak mahu. Hehe.
Saya ada terbaca, pada peringkat 0 hingga 6 tahun ini lebihkan aktiviti fizikal / psikomotor halus dan kasar kerana ia lebih banyak menyumbang kepada perkembangan positif anak-anak. Kemudian barulah diikuti dengan rangsangan visual dan auditori. Betulkan saya jika saya tersilap ya.
Mungkin boleh cuba aktiviti seperti di bawah bagi anak-anak yang kurang gemar duduk dan pegang buku :)
Dedahkan anak dengan buku sejak kecil. Lebih elok bacakan buku kepada anak :) |
Bawa ke perpustakaan. Biasakan dengan tempat sebegini. |
Guna permainan |
Belajar menggunakan papan putih |
Sukaneka - merangsang aktiviti fizikalnya |
Kraf |
Terapi air |
Bermain di taman permainan |
Menyelesaikan jigsaw puzzle |
Jauh lagi perjalanan ini. Rabbi yassir wa la tu'assir... Semoga bermanfaat.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan