Sebenarnya, buku ini telah lama kami terima. Hampir sebulan yang lalu. Sedang elok saya baru discaj dari wad selepas bersalin :)
Alhamdulillah. Hari-hari anak minta bacakan. Aktiviti kraf memang tidak dapat buatlah kerana keadaan diri masih belum mengizinkan.
Anak-anak suka buku ini. Kenapa ya? Sebab ilustrasi dan jalan cerita yang mudah difahami. Lagi-lagi anak akan bertanya ayat al-Quran yang disebut di permulaan buku - Surah Ali Imran ayat 190 - 191. Wah, kagum sekejap apabila anak bertanya tentang ayat itu. Sejak itu, anak mudah sebut sesama sendiri : Kita kena ingat Allah selalu kan, kak (adik-adik berbual dengan yang sulung). Di masa lain juga mereka akan berzikir apabila teringat. Masya Allah, la haw la wa la quwwata illa billah. Hebat ingatan anak-anak. Serap sahaja info yang diberikan.
Buku ini berkulit tebal, dan kandungannya menggunakan glossy paper dihiasi ilustrasi Lego dan origami gajah. Dimulai dengan Panduan untuk ibu bapa - cara menggunakan buku ini, Kisah Tentera Bergajah, Surah Al-Fil dan terjemahan, Belajar Bahasa Arab, Surih tulisan Surah Al-Fil, Keistimewaan Kaabah dan Mekah, Projek Seni Al-Fil (ada pelbagai segmen kraf dan aktiviti untuk anak-anak) dan diakhiri dengan adab kepada haiwan.
Panduan Ibu Bapa - Cara menggunakan buku ini |
Kisah Tentera Bergajah |
Surah Al-Fil dan terjemahan |
Segmen Projek Seni Surah Al-Fil |
Pembaca boleh cuba aktiviti kraf bersama anak-anak. Sebab itu dibekalkan Kit Kraf Surah Al-Fil yang comel :)
Hari ini pula terjumpa sebuah buku cerita anak-anak. Lama dahulu beli di PBAKL 2013 jika saya tidak silap. Ditulis oleh Pn Zulina Hassan bertajuk "Eli Si Telinga Lebar." Sukanya bertemu semula buku ini.
Cerita mengenai gajah yang difiksyenkan. Buku ini berwarna-warni penuh, sebuah buku bergambar kanak-kanak.
Tambahan daripada buku Pn Siti Aminah tadi dapat terangkan pada anak-anak lebih lanjut mengenai sifat dan ciri-ciri gajah. Masya Allah. Sesungguhnya ilmu kita amat sedikit berbanding ilmu Allah!
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan