Petang itu, suami pulang. Jam sudah lebih 6.30 petang. "Alamak, belum beli baju Khaulah!" Saya pelik. "Baju apa?"
"Uniform sekolah. Esok nak bawa Khaulah jawab ujian."
Hah? Terkejut juga dibuatnya. Dipendekkan cerita, selepas Isyak semua kelengkapan dapat dibeli. Alhamdulillah pekan kecil di tempat kami ada semua perkara yang diperlukan. Namun, ada sedikit kebimbangan dalam hati.
Anak ini tak pernah bersekolah, bolehkah dia menjawab soalan esok? Dapatkan dia sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan kawan-kawan baru? Meskipun esok mungkin tidak sempat berinteraksi lanjut dengan kawan-kawan. Semua datang ke sekolah untuk menjawab ujian sahaja.
Esoknya, anak bangun awal, solat Subuh di masjid dan pulang urus diri, mengaji al-Quran, memakai pakaian sekolah dan sarapan. Nampak bersemangat. Maklumlah, nak pergi sekolah. Ummi, nenek dan semua mendoakan yang baik-baik sahaja.
Sejam, dua jam berlalu. Saya bertanya khabar anak lewat mesej suami. Tapi suami tidak menjawab apa-apa. Tak mengapalah.
Tengahari itu, pulang dari sekolah terus bermain kerana ada sepupu yang datang berziarah. Sempat juga dia bercerita keadaan di sekolah. Saya angguk-angguk sahaja, tekun mendengar.
Minggu berikutnya, saya hampir lupa akan ujian diagnostik itu. Suami pulang dari sekolah dan berkata, "Markah anak sederhana, cikgu kata." Saya ketawa. "Tak mengapalah, saya tak kisah. Baru 6 tahun. Jangan terpengaruh dengan markah tu." Suami menyambung, "Cikgu kata : Tapi anak kita tak pernah sekolah, kira baguslah boleh jawab soalan-soalan itu." Saya diam.
Dua hari selepas itu baru suami bawa pulang kertas anak. Saya semak. Ada enam soalan tidak sempat dijawab atau hurufnya terbalik (biasanya huruf t). Masya Allah, 6 markah sahaja kurang dan anak saya ditempatkan ke kelas ketiga. Bermakna kelas 1 dan 2 mungkin anak-anak itu markah penuh.
Saya termenung. Saya tak mahu jadi ibu bapa yang terikat dengan sistem banyak A... Anak sekecil ini sudah menduduki ujian. Meskipun dia mungkin tak tahu apa yang berlaku tapi keadaan ini meresahkan.
Sebolehnya kami mahu mendidik dengan al-Quran terlebih dahulu. Namun setakat ini tiada sekolah tahfiz untuk anak perempuan seusianya. Kebanyakan di sini khas untuk anak lelaki.
Teringat kata-kata Dr Shafie : Tuan, Puan jika mampu ajar anak al-Quran di rumah, teruskan. Tak perlu hantar ke sekolah (tahfiz).. <Perbahasannya panjang, saya tidak berniat untuk catatkan di sini> 😉
Cuma..umminya ini masih berkerja.. jika mengajar anak hanya dapat selepas pulang dari kerja..
Rabbi yassir wa la tu'assir..
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan