Sumber gambar : koleksi peribadi |
Mengenali penulis, Mohammad Fauzil Adhim lewat penulisannya bermula buku Saat Berharga Untuk Anak Kita sememangnya konsisten dengan ajakan mendidik anak dengan pendidikan tauhid sebagai teras utama dan kesungguhannya menanam minat membaca anak-anak sejak dari kecil lagi.
Sehingga muncul buku beliau bertajuk "Membuat Anak Gila Membaca" yang baru terbit tahun lalu memperlihatkan ajakannya yang serius supaya ibu bapa hari ini melahirkan generasi membaca sejak kecil.
Sempat beliau ingatkan bahawa menumbuhkan minat terlebih dahulu adalah sangat penting sebelum ajar anak membaca.
Kali ini dalam buku Positive Parenting, sekali lagi ditulis bab menanam minat membaca kepada anak-anak sejak usia dini. Mengambil perhatian dari buku "Der Judenstaat" - Negara Yahudi yang ditulis oleh Theodore Herzl, seorang tokoh yang menggerakkan jutaan manusia untuk rela berdarah-darah mendirikan negara Israel Raya (muka surat 218 di bawah bab Merebut Jiwa Anak).
Mereka membangunkan pengaruh melalui kuasa media sehingga bersungguh memperkembangkan filem kartun di bawah Syarikat Disney yang sememangnya berhasil mempengaruhi sebahagian besar manusia di seluruh dunia. Anak-anak kecil bahkan dewasa tertunggu-tunggu karya terbaru Disney sehingga berebut-rebut menikmatinya.
Memang ada sebahagian ceritanya memberi kebaikan namun ada sahaja suntikan "racun" yang dimasukkan ke dalam fikiran penonton sedangkan kita sangat menikmatinya. Sedarkah anda?
Nah, ini menunjukkan salah satu cara yang berkesan mempengaruhi jiwa anak-anak adalah melalui cerita. Semakin kuat sesebuah cerita, semakin besar pengaruhnya kepada jiwa.
Allahu Allah. Saya secara peribadi tidaklah terfikirkan sejauh ini seruan Iqra' yang Allah turunkan sebagai wahyu pertama. Apabila penulis menukilkan 2 ketrampilan MEMBACA dan MENULIS perlu dibangkitkan sejak usia kecil membuatkan saya berfikir. Mengapa?
Kerana 2 perkara ini terbukti meningkatkan kecerdasan diri. Selain itu semoga apa yang dilakukan bersandarkan kerana Allah semata-mata. Dengan itu, kita harus menyokong anak-anak ini dengan memberi bahan bacaan yang bermanfaat bagi FIKIRAN, PERASAAN dan ROHANI mereka.
Kita boleh mengambil contoh dari Singapura yang memperkenalkan modul "Toddle Write" iaitu ajar menulis seawal 1 tahun. Bagaimana caranya? :
- Anak-anak ini sudah lebih dahulu biasa dengan sesi membaca bersama ibu bapa atau orang sekeliling
- Proses pembelajaran yang menyeronokkan sesuai dengan usia mereka - spontan, bersemangat dan menyenangkan
Marilah kita bersama menggembleng tenaga memberi pendidikan terbaik buat anak-anak. Setidak-tidaknya ada tiga hal yang PERLU kita beri kepada anak-anak sejak kecil :
😃 Memperkenalkan Allah. Kita tumbuhkan kesedaran dan kepekaan kepada mereka bahawa Allah Maha Pencipta.
😃 Mengajak anak mengenali dirinya dan mensyukuri apa yanh dikurniakan kepadanya.
😃 Asah kepekaan anak terhadap sifat-sifat Allah sehingga yakin akan kekuasaan dan kemuliaan Allah.
Wallahualam.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan