Saya sakit di bahagian perut dan kepala sejak tengahari. Tapi tidaklah boleh berbaring. Teruskan juga kerja rumah, mendobi, memasak, ajar anak dan mengemas mini library. Yalah, hardcore suri rumah. Siapa lagi nak buat, kan?
Petang sudah tidak tertahan lagi. Singgah ke rumah mak dan berbaring sekejap. Ambil bacaan tekanan darah, oh tinggi rupanya. Patutlah sakit kepala.
Saya pulang ke rumah selepas Maghrib. Anak-anak ada yang sudah tertidur sejak 7 malam. Huhu penat benar gayanya.
Hari ini Asma' belajar 3 perkara sahaja :
Mendobi (masukkan baju ke dalam mesin, hanger kan)
Seni (lukis tangan pada kertas warna, gunting dan tampal jafikan rama-rama)
Mengaji
Esok sambung lagi insya Allah.
Aina Dayana Hilmi
ainadayanahilmi@gmail.com
013-361 3516
Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan