Semasa saya ambil buku ini dari rak perpustakaan saya tidak perasan pun siapa penulisnya. Cuma waktu itu minat saya kepada buku jenis travelog memungkinkan saya memilih buku ini.
Rupanya ia ditulis oleh Wartawan NTV7, Charles Mohan. Saya tidak membaca sinopsis buku jadi saya tiada apa-apa expectation sebelum memulakan bacaan.
Apabila ditinjau prakata, barulah tahu yang beliau bercerita pengalamannya sebagai wartawan penyiaran selama berbelas tahun. Menarik.
Entah kenapa, hati rasa sayu apabila beliau menulis beberapa bab panjang tentang almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, bekas Menteri Besar Kelantan.
Ia dikupas dari hati yang jujur tentang personaliti dan sikap Tuan Guru.
Selanjutnya beliau berkongsi pandangan tentang beberapa figur ahli politik yang paling berpengaruh pernah ditemuramahnya sepanjang kerjaya. Antaranya Tun M, DS Najib, DS Anwar dan isteri, Samy Vellu dan lain-lain.
Setiap orang ada karakter tersendiri. Dan ia memberi impak kepada cara kerja beliau.
Banyak lagi pengalaman dikongsikan beliau. Yang paling terkesan ialah cerita kenalannya yang mempunyai ayah yang sakit tetapi sukar mendapat bantuan SOCSO. Namun kes ini selesai hasil kerjasama beliau membuat liputan.
Menjadi wartawan perlu pantas dan cekap. Semoga terus menyiarkan berita yang benar buat masyarakat dan memberi khidmat terbaik.
Selesai Buku 2 / 2019.
Aina Dayana Hilmi
ainadayanahilmi@gmail.com
013-361 3516
Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan