Isnin, 12 Februari 2018

Buku cerita bahasa Arab


Gambar : koleksi peribadi

Jarang sekali dapat membuat buku cerita untuk anak-anak sehingga siap. Biasanya hanya mampu separuh jalan sebab saya akan 'kalah' dengan bab melukis dan mewarna. 

Bukankah boleh cetak sahaja? Ya. Tapi tak semua gambar yang kita mahu ada 😃

Kebanyakan perkataan yang digunakan dalam buku ini telah dipelajari sepanjang empat minggu sesi pembelajaran bahasa Arab dimulakan. Minggu kelima dan keenam hampir tiada kemajuan kerana anak-anak silih berganti kurang sihat.

Mudah-mudahan kami dapat semula momentum pada minggu ketujuh ini.

Buku cerita ini masih belum ada tajuk 😅 Idea asal tercetus selepas kami pulang dari pusat membeli-belah. Dan spontan membuat ayat mudah dari perkataan bahasa Arab yang telah dipelajari.

Seronok pula bila disambung-sambung sehingga menjadi sebuah buku cerita. Masya Allah.

Saya menggunakan kad putih yang dibeli dalam sebuah 'group buy' tahun lalu. Kadnya tebal seperti kad kotak bijirin. Bahagian hadapan berwarna putih dan bahagian belakang berwarna kelabu (warna asal kad imbas ini). 

Sengaja beli saiz 10 x 10 inci kerana sesuai dibuat buku cerita untuk anak kecil. 

Terasa nak buat video anak-anak guna / baca buku ni tetapi entah bila ya? 😅 

Gambar penuh buku akan dibuat dalam entri yang lain insya Allah.

Eh, ada yang baca ke? 🙊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015