Jumaat, 9 Mac 2018

Belajar membaca bahasa Inggeris



Semasa kecil, saya tidak begitu ingat apa teknik yang ayah guna untuk ajar saya membaca.

Tetapi saya ingat ayah akan beri sebuah buku bahasa inggeris dan saya perlu baca setiap malam di hadapannya.

Ayah akan betulkan sebutan dengan sabar sehingga saya lancar membaca.

Ada banyak jenis buku bahasa Inggeris yang ayah berikan. Semuanya jenis mudah. Saya ingat lagi buku-buku ini ada gambar berwarna dan mempunyai satu ayat pada setiap muka surat.

Kebanyakan buku pula telah diselotep dengan selotep tebal itu. Mungkin dibaik pulih oleh pihak pusat sumber sekolah. Sekarang dah tak jumpa buku jenis ini lagi.

Peter and Jane mungkin sudah ada tapi saya jarang baca.

Sekarang ini sudah ada siri Peter and Jane yang dijual dengan harga mampu milik. Malah ada yang boleh bayar secara ansuran.

Ada tak yang mencari Siri Peter and Jane? Baca next post ya 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015