Khamis, 29 Mac 2018

Pengenalan nombor dalam Bahasa Arab


Apabila kakak tiada untuk beberapa hari, adik-adik nampak kebosanan lalu mereka minta buat aktiviti mewarna. Saya hulurkan Drawing Kit Template ini. Masya Allah, ralit sungguh mereka mewarna.


Hari Isnin lepas raikan sahaja minat mereka. Selepas makan tengahari (makan awal sebelum jam 11 pagi lagi 😂), barulah ajak mereka belajar.

Latihan ini sudah pernah buat dahulu tetapi waktu itu mereka tidak begitu fokus. Kali ini alhamdulillah, minat ada, kemahiran (menggunting) ada, peralatan juga cukup (gam, gunting dan pensel warna).


Topik : Nombor (bahasa Arab) 1 hingga 5 sahaja
Induksi : Nyanyi lagu nombor bahasa Arab rekaan sendiri (ambil rentak Sepohon Kayu)
Langkah pengajaran : Anak dibimbing mengenal kalimah dan sebutan yang betul.
Latihan dan pengayaan : Latihan daripada Pn Lu'lu Mahfuzah.


Banyak lagi latihan bahasa Arab yang beliau kongsi. Akan digunakan dalam sesi-sesi yang lain. Insya Allah.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015