Alhamdulillah selesai semua aktiviti mengaji dan tasmik hafazan, anak-anak ternampak Drawing Kit Template di atas meja.
Mereka minta izin untuk buat. Oklah, hari ini beri mereka peluang membuat aktiviti mewarna. Biasanya mewarna dengan krayon pada buku dan kertas.
![]() |
Pandangan penuh Drawing Kit Templat |
Dengan Drawing Kit Templat, anak-anak gunakan pen berwarna untuk mewarna pada papan templat (saiz papan 8 x 8 cm).
![]() |
Istana |
![]() |
Zirafah |
![]() |
Rama-rama |
Masing-masing tekun buat kerja sendiri. Sehinggakan tetamu datang pun sayang nak tinggalkan papan mewarna masing-masing 😱 Hai anak...
Ok dalam Drawing Kit Templat ini ada :
Sebuah kotak
56 keping kad kayu
1 batang pensel
1 unit pengasah pensel
1 unit pemadam
12 batang pen warna beserta bekasnya
1 buah buku nota untuk dilukis
1 buku panduan mewarna
Ada banyak kad yang mereka boleh pilih. Ada 5 jenis corak iaitu rumah dan alam sekitar, kenderaan, haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran serta orang.
Sambung lagi nanti 😊
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan