Rabu, 21 Mac 2018

Mencari idea aktiviti anak-anak? Buku 70+ Aktiviti Cinta Al-Quran jawapannya!


Buku ini telah terbit di penghujung tahun lepas (November 2017). Sejujurnya saya sangat menghargai buku ini kerana ia menambah satu lagi koleksi yang baik buat panduan ibu ayah dan anak-anak.

Ada lebih 70 aktiviti berpandukan al-Quran dikongsikan langkah demi langkah. 

Oh ya, ia bukanlah spesifik kepada sesuatu surah tetapi mengambil beberapa ayat tertentu lalu diterjemahkan kepada aktiviti yang bersesuaian dengan anak-anak usia 4 hingga 10 tahun.

Lihat kandungan buku ini, banyak idea kreatif yang boleh dibina bersama anak-anak. Jadi jika tiada idea, bolehlah tinjau-tinjau isi di dalam buku ini 💪



Sebenarnya, pendekatan bercerita adalah teknik yang berkesan menanam minat dan pengetahuan baru kepada anak-anak. 

Gunakanlah masa-masa tertentu seperti selepas anak mandi, ketika mood anak tenang atau sebelum anak-anak tidur. Pada masa sebelum anak tidur, gelombang minda berada dalam fasa alfa. Iaitu fasa di mana anak mudah menerima saranan-saranan yang baik dan akan tersimpan di bawah minda sedar.

Selain teknik bercerita, buku ini turut berkongsi aktiviti bertemakan alam, permainan, projek / sains dan seni. Wah, menarik! Raikan anak-anak dengan dedahkan kepada pelbagai bentuk aktiviti.



Apa lagi kelebihan buku ini?

✔ Cadangan link youtube berkaitan (untuk beberapa aktiviti)
✔ Ada dialog membantu ibu mulakan sesi. Jadi ada idea nak mulakan sesi aktiviti dengan anak-anak 😉


✔ Ada ibrah / pengajaran. Jadi tak perlu susah-susah nak fikir 😅


✔ Dinyatakan manfaat aktiviti.
✔ Ha, ini best. Ada gambar sebenar aktiviti. Jadi kita dapat gambaranlah nak buat macam mana.

Dengan kualiti yang ada pada buku ini, saya kira berbaloi dapatkannya dengan harga RM35.00 sebuah.

Jom, bersama-sama anak mencipta MEMORI di samping belajar benda baharu dan memupuk semangat cintakan al-Quran 💓

Kredit gambar : Pn Kamalia

Nak dapatkan buku ini? Boleh hubungi nombor : www.wasap.my/60133613516/70AktivitiCintaAQ
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015