Selasa, 19 Mac 2019

6 Jenis Sayuran Yang Digalakkan Semasa Berpantang


Sumber gambar : pixabay.con

Waktu berpantang ialah waktu mummy berehat dari kepenatan mengandung dan kelelahan melahirkan bayi :-) Jadi, makanan adalah satu perkara yang patut diambil berat supaya badan sihat dan kekal cergas.

Teruskan dengan ubat yang diberi oleh doktor jika ada dan vitamin tambahan setelah mendapat kebenaran dam nasihat doktor.

Elok makan sayur segar masa dalam pantang, kan? Ada beberapa jenis yang disyorkan seperti :

1. Lobak merah, peria katak, pegaga dan ulam raja.
- Ia kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral.

2. Bawang putih dan halia.
- Kedua-dua bahan ni memang boleh membantu sistem penghadaman. Ada juga petua melangsingkan badan. (Saya suka makan ikan goreng halia. Letak kicap sikit  ðŸ¤—)

3. Bawang besar
- Dikatakan membantu dalaman tubuh membersihkan usus.

4. Kunyit
- Mempercepatkan penyembuhan luka dan membersihkan dalaman wanita.

5. Brokoli
- Kandungan serat yang tinggi dalam sayur ini berguna untuk proses penghadaman terutama ketika berpantang.

6. Sawi, lobak putih dan jantung pisang.
- Ini memang sinonim dengan amalan penyusuan susu ibu. Jika diambil dalam jumlah yang tepat ia membantu proses penghasilan dan pengeluaran susu ibu.

* Isi disesuaikan dari Majalah PaMa keluaran Ogos 2018.

Selamat berpantang dan semoga cepat sembuh 🤗

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015