Selasa, 19 Mac 2019

Sesi Bercerita : The Selfish Crocodile



Alhamdulillah buat kesekian kalinya anak masih memilih untuk membaca buku ini. Buku yang sangat besar, ilustrasi menarik dan berkesan. Lihat sahaja gigi buaya itu. Dari jauh sudah nampak tajamnya!



Ia kisah tentang si buaya yang sombong. Hanya dia sahaja mahu menguasai satu-satunya sungai di kawasan itu. Akhirnya dia memberi amaran supaya tidak seorang pun haiwan boleh minum air di situ kalau tidak, dia akan makan.




Kasihan semua haiwan. Berbondong-bondonglah mereka berjalan mencari sumber air lain.



Namun suatu pagi, mereka terdengar bunyi haiwan mengerang kesakitan. Tertanya-tanya juga siapakah gerangannya? Sudah pasti Sang Buaya yang pentingkan diri itu.

Semua haiwan berasa hairan lau mereka pergi juga "menziarahi" Sang Buaya yang mengguling-gulingkan badannya kerana kesakitan.

Sang Buaya sakit apa?



Tiada haiwan berani mendekati Sang Buaya sehinggalah datang si tikus kecil. Dia bertanya dan Sang Buaya membuka mulut. Rupa-rupanya dia sakit gigi! Kasihannya. Gusinya juga bengkak.



Si tikus kecil yang baik hati pun menolong Sang Buaya. Dia cabutkan gigi Sang Buaya yang rosak itu. Subhanallah, baiknya si tikus! Sang Buaya berasa insaf dan malu akan perbuatannya.

Sang Buaya meminta maaf kepada semua haiwan dan dia membenarkan kembali semua minum di sungai. Gembiralah seisi hutan mendengar kata-kata Sang Buaya. Namun mereka tidak ambil hati atas tindakan buaya yang sombong sebelum ini.

Kisah yang hebat, bukan? Bagaimana memberi maaf itu menjadi penawar kejahatan.

Sedaya upaya saya cuba menyampaikan kepada anak-anak bahawa Allah tidak menyukai orang yang sombong. Sekurang-kurangnya ada 2 ayat yang ummi jumpa dalam al-Quran perihal sombong :



Allah Ta’ala berfirman,
وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِي اللأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَجُوْرٍ {18}Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)


Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ“Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang menyombongkan diri.” (QS. An Nahl: 23)

Moga jadi ingatan untuk diri saya sendiri juga. Jumpa lagi.

* Buku ini dibeli di BBW 2018 di The Mines Disember 2018. Saya kirim dengan Cikgu Ibtihaj 😊


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015