Apa itu kemahiran motor halus?
Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah (Sumber : Blog Warga Jabatan Ilmu Pendidikan)
Salah satu aktiviti yang menyeronokkan ialah bermain doh! Ada banyak resipi doh yang ada di internet dan di sini saya kongsikan resipi-resipi doh yang pernah kami buat (",)
Doh asas
Tepung gandum
Air
Garam
* Satukan semua bahan. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan uli.
Doh wangi dan lembut (seperti kapas!)
Bahan-bahan (anggaran)
Hair moisturizer (saya gunakan jenama Rejoice kerana lebih lembut) - 1 senduk
Tepung jagung - 2 senduk
Pewarna makanan - pilihan
Cara-cara
1. Campurkan hair moisturizer dan tepung jagung. Gaul hingga membentuk doh.
2. Bahagikan kepada beberapa bulatan doh.
3. Titikkan pewarna.
* Jika doh terlalu kering tambahkan hair moisturizer.
* Jika doh terlalu lembap tambahkan tepung jagung.
Salah satu aktiviti playgroup kami tahun lalu |
Buku cadangan :
Dapatkan buku Seni Doh & Tanah Liat terbitan Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM). Harganya cuma RM15.00. Ada lebih daripada 50 buah resipi dikongsikan untuk aktiviti anak-anak anda!
Sumber : Laman ITBM
Pada muka surat awal buku ini tertulis :
"Hasil itu tidak penting. Apa yang penting penciptaannya." - Robert Frost |
Apa yang menariknya tentang quote ini? Allah subhanahu wa taala telah terlebih dahulu memberitahu kita bahawa hasil akhir tidak penting namun yang penting adalah usaha kita. Kerana hasil akhir adalah ketentuan Allah dan kita tidak mampu mengarahkan mahupun mengubahnya :)
Semoga bermanfaat.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan