Di sini saya kongsikan beberapa tip yang pernah kami guna bagi mengatasi masalah pada anak-anak kami :
1. Doa
Banyakkan berdoa. Doa ibu dan ayah itu makbul terutama doa ibu.
Sumber : Quran.com |
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 186)
2. Sibukkan anak dengan aktiviti lain.
Perhatikan tingkah laku anak. Jika boleh kenal pasti adakah anak ini jenis visual, kinestetik atau auditori. Dalam bahasa yang mudah, visual ini bermaksud anak suka melihat gambar dan lebih cepat dapat ilmu baru melalui kaedah ini. Bagi anak yang kinestetik, biasanya melalui tingkah laku yang aktif dan pantas. Manakala bagi anak jenis auditori, dia lebih cenderung kepada pendengaran.
Kedua, boleh mula set up aktiviti luar atau permainan dalaman (bermain puzzle, memasak, bermain doh, dan lain-lain)
3. Mohon kerjasama pasangan.
Jika mampu dan berkesempatan, berbincang dengan pasangan untuk sama-sama mengatasi masalah ini. Misalnya jika ibu sudah buat aktiviti mewarna bersama anak jangan pula si ayah buka televisyen pada waktu yang sama.
4. Tetapkan peraturan.
Jika susah mahu hentikan tonton televisyen atau bermain gajet 100%, cuba usaha sedikit demi sedikit dengan menghadkan masa.
5. Menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti yang sangat menyeronokkan dan ditunggu-tunggu.
Biasakan anak-anak dengan buku. Rajinkan diri bercerita dengan anak, bersoal-jawab dan melayan anak membaca buku.
Misalnya, ambil majalah yang ada dan piliih mana-mana gamabr dan tanya anak :
Gambar apa ni ya, abang? Ya, ini gambar di sekolah. Ramaikan kawan-kawan abang sekolah di sini?
Tengok ni, budak perempuan ini sedang buat apa?
dan seterusnya...
Secara tidak langsung kita mengajar perbendaharaan kata pada anak selain mengenal pasti emosi dan menggalakkan anak berfikir.
6. Bermain bersama anak.
Agak sukar pada mulanya kerana kita (ibu-ibu) mempunyai banyak kerja dan banyak pula benda yang difikirkan. Maka fokuslah satu-satu perkara. Dengan anak, adakalanya 15 minit pun sudah memadai. Dia akan terasa kita mengambil berat akan diri mereka dan selepas itu kita boleh teruskan kerja yang kita mahu lakukan.
Aktiviti terawal semasa mahu mengelakkan anak menonton televisyen terlalu lama |
Kolaj huruf fathah "a" dan membuat buku skrap jenis-jenis daun |
Permainan Blok 100pcs
Set ini mempunyai 100 blok kayu berwarna-warni. Sesuai untuk 3 tahun ke atas dan ada kertas panduan membina bentuk dari blok kayu ini.
Berminat dengan produk ini? Harganya termasuk kos penghantaran (menggunakan NATION WIDE EXPRESS)
Semenanjung RM75.20
Sabah dan Sarawak RM80.80
Boleh hubungi saya Pn Aina Dayana 013-3613516 (",)
Semoga bermanfaat.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan