Sejak kecil lagi, aktiviti luar rumah jarang saya dapat sertai. Ini kerana ada antara kami yang menghidap lelah dan kerap kena ketika itu. Tambahan lagi, seingat saya emak dan ayah selalu pulang lewat dari tempat kerja walaupun mereka seorang guru. Ya, gigih mereka bekerja dan mengajar. Kami adik-beradik tinggal bersama nenek dan datuk sementara emak dan ayah berkerja.
Aktiviti kami banyak di dalam rumah. Membaca, menulis, mewarna, bermain lego, bergaduh..eh? Gurau-gurau manja sahaja ^_^ Salah satu aktiviti yang menyeronokkan ialah membaca. Kini, tradisi itu diteruskan oleh kami apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Dahulu banyak buku dongeng kanak-kanak yang datang dari negara barat. Cinderella, Puss In Boots, Little Red Riding Hood, Thumbelina, dan Jack and The Beanstalk. Oh, sampai hafal dibuatnya! Masa itu buku islamik kanak-kanak sangatlah kurang.
Namun kini, ada pelbagai pilihan yang ada di pasaran. Masya Allah, semoga Allah memberi ilham dan kekuatan kepada individu-individu ini untuk mengeluarkan cerita yang berkualiti untuk anak-anak.
Jauhnya saya bermukaddimah :)
Saya ingin berkongsi sebuah kamus bergambar yang selalu saya gunakan bagi sesi bercerita bersama anak-anak. Kamus Bergambar 3 Bahasa - Sayangku Cepat Pandai Perkataan Pertama adalah buku yang berkulis keras. Sebelum ini lama saya mencari buku yang menarik dan sesuai untuk mengajar anak-anak berbahasa Arab.
Alhamdulillah bertemu akhirnya.
Mengapa saya tertarik dengan buku ini? Keistimewaannya :
* Mempunyai 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
* Berkulit keras setiap muka. Tahan lasak dan tidak mudah koyak.
* Gambarnya menarik dan berwarna-warni.
* Mempunyai 18 muka surat termasuk kulit hadapan dan belakang buku.
*Harga : RM15.00 sebuah
Alhamdulillah, untuk anak saya yang jenis kinestetik, pendekatan bercerita menggunakan kamus ini berjaya membuatkan dia duduk seketika dan fokus untuk mendengar dan belajar.
1) Tunjukkan gambar
2) Tanya pengalaman sedia ada mereka
3) Minta mereke bercerita mengenai gambar
4) Ibu sebutkan perkataan dan anak cari
5) Sebutkan perkataan tersebut dalam 3 bahasa
6) Ingat 1 perkataan 1 hari
****************************************
****************************************
Berminat dengan produk ini? Harganya :
RM21 termasuk kos penghantaran (Semenanjung Malaysia) dan
RM24 termasuk kos penghantaran (Sabah Sarawak).
Boleh hubungi saya Pn Aina Dayana 013-3613516 (",)
Jumpa lagi. Wassalam.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan