Sesekali dapat bercuti dan berehat bersama anak tentu seronok, kan? Terutama bagi ibu berkerjaya yang sibuk. Apa kata kita main satu permainan bersama anak?
Cari dan Jumpa!
Permainan ini tidak memerlukan banyak keperluan. Hanya gunakan benda di sekeliling kita. Misalnya kita duduk bersama anak di ruang tamu.
~ Cuba cari mana almari?
~ Ada berapa biji kerusi di sini?
~ Tunjuk mama mana cawan biru
~ Cuba teka apa benda bila berpusing kita rasa sejuk dan selesa (Kipas)
dan seumpamanya. Anak dapat belajar bahasa, mengecam warna, mengira, mengasah minda dengan teka-teki dan berfikir secara logik :)
Mahu lebih mencabar, ibu boleh sediakan "Peta Cari dan Jumpa!". Beri ganjaran apabila anak berjaya menemui item di dalam kertas ini. Ganjaran tidak semestinya berbentuk fizikal. Tepuk tangan, memuji atau high five pun sudah memadai.
Ada sebuah buku yang saya syorkan jika mahukan aktiviti yang menarik, mudah dan yang penting percuma (menggunakan bahan di sekeliling atau terpakai)!
Sumber : Laman sesawang ITBM |
Selamat mencuba!
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan